menjadi tempat pelarian,
entah kau lupa atau entah kau alpa,
bahawa aku juga manusia punya rasa,
bukan seenaknya saja boleh hulurkan hati,
setelah bahuku kau pinjam tanpa henti.
menjadi tempat pelarian,
kau rasa nyaman mencari serasi,
tanpa persoal pada dirimu sendiri,
bahawa aku juga punya nadi,
masakan sekelip mata boleh kau rentap pergi.
menjadi tempat pelarian,
kau idam diri jadi permaisuri hati,
hatiku baik kau bilang kata bistari,
aku juga termimpi sendiri,
bala apa yang sedang menanti.
menjadi tempat pelarian,
aku anggap ruang ceritaku jelas,
madah hanya untuk kau tenangkan diri,
bukan membuka pintu peribadi,
kerana aku bukan sang bidadari.
menjadi tempat pelarian,
bukan pengakuan rasa yang aku damba,
cukup untuk kau ambil masa ubat diri,
kini dramanya memakan diri,
harapan kau seolah sinar kembali.
menjadi tempat pelarian,
bukan janji yang aku beri,
bukankah persahabatan itu tali ?,
kerana itu kau aku beri kembali,
kini sudahnya hati aku runsing sendiri.