Ahad, 26 Oktober 2014

TO PUTRAJAYA FROM JB. BACKPACKER IS HERE ^^

PERJALANAN PERGI HARI PERTAMA :)

 

perancangan awal aku setelah dibuat perbincangan bersama Rara dan Ama ( ni salah seorang kawan baik aku jugak ) : naik bas pagi Sabtu 30 Ogos daripada Larkin ke Terminal Bersepadu Selatan, turun di terminal sana, aku akan naik ERL turun di Putrajaya Sentral dan dijemput ke Presint 5, Putarajaya oleh kakak Rara. jadi ringkasnya Larkin - TBS - Putrajaya Sentral - Presint 5, Putrajaya. ingat backpackers tak payah buat plan, pakai redah jalan je ke ? jangan dik. bahaya. tetambah kalau kau perempuan bajet comel macam aku dan kau nak pergi sana sesorang. *kenyit mata sambil senyum perasan*

petang Jumaat,29 Ogos, aku dah sesiap beli tiket daripada JB ke TBS dan daripada TBS balik ke JB. padahal tetiap masa ada jek tiket ke KL dan balik JB nie. *gelakkan diri sendiri*

aku selalu naik KKKL balik Kota Bharu jadi aku sangat percaya dengan depa. lul. poyonya ayat !
 Larkin, JB - Kuala Lumpur, TBS. 30 Ogos 2014, Sabtu, 9 pagi. single seat nombor 15
dan dek kerana aku seorang yang sangat berhati-hati dan suka siapkan diri awal, satu lagi tiket telah aku beli awal-awal daripada TBS - JB yang kemudiannya aku rasa aku menyesal beli awal-awal. ' why ? why ? why ? ' di akhir perjalanan nanti. nak tahu kenapa ? keep on reading !

aku sangat suka dengan bas MAJU ni walaupun selalu naik untuk ke City Square jek daripada Larkin tapi aku rasa comel kot bas Maju so beli la awal. beli awal langkah berjaga-jaga haa !

Kuala Lumpur, TBS - Larkin, JB. 31 Ogos 2014, Ahad, 3.00 petang. single seat nombor 5A.
ni memang rupa standard tiket kat TBS ya adik-adik dan kakak-kakak serta abang-abang sekalian. jadi mari teruskan perjalanan !

aku bajet bila aku ambik tiket pukul 9 pagi, aku akan sampai sana dalam pukul 11 pagi gituu. sebab aku ada take note hasil survey ( haa, kelas kau maria) daripada beberapa blog tempoh perjalanan daripada Johor ke Kuala Lumpur nie. tup-tup aku sampai pukul 2 petang mak oi. 5 jam jugak lenguh dalam bas. rupa-rupanya dalam blog tu, si blogger ke TBS daripada Tangkak, Ledang, Johor. pfhh. patutla cepat sampai. HAHA.

Universiti Sains Islam Malaysia. Yeah ! dah nak sampai TBS
 aku baru sedar yang Amin punya maklumat lagi tepat. bila aku bertolak daripada JB ke KL, aku kena ambik bas terus ke Putrajaya jek. bila aku turun kat TBS, bermakna aku dah pusing balik. Haha. aku senyum dalam bas sebab aku pun baru kabo ke Amin bila aku dah nak sampai TBS kot. dan TBS ni berdekatan jek dengan UPM. bagus ni. Ain dan Lela, kawan baik aku sejak jaman sekolah lagi memang ada kat UPM so lain kali aku dah tau nak travel camna.



YEZZA ! akhirnya dah sampai TBS *tepuk tangan untuk diri sendiri*
dan seperti cakap-cakap orang, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ni memang sangat luas siott buat aku jaw drop bila first time sampai sini. yela, jakun. baru pertama kali sampai kan. Haha. tapi memang dah macam tahap international airport dah aku rasa. dan sememangnya patut jadi kebanggaan sebab memang kalau kau travel dan turun kat KLIA atau KLIA 2, memang boleh direct ke TBS melalui perkhidmatan ERL. ERL kat sini pulak ada dua jenis perkhidmatan. ada KLIA Ekspress yang akan terus daripada TBS ke KLIA /KLIA 2 atau ada KLIA Transit yang akan berhenti kat beberapa stesen macam yang aku ambik nie. ( cedok pengetahuan dengan adanya MR. Google. alhamdulillah *sujud syukur* )

Beli tiket ERL ke Putrajaya Sentral dulu. ini resit dia jek tau.


Tiket KLIA Transit
Tiket KLIA Ekspres










tambang sekali naik daripada TBS ke Putrajaya RM5.30 sahaja. itu tiket transit la. untuk tiket ekspres ,aku tak sure sebab aku tak naik. Hehe

perjalanan transit ni ada beberapa stesen. macam contoh kalau kau daripada KL Sentral nak ke KLIA 2, ada beberapa stesen yang kau kena menguap tutup mulut sambil tunggu bila nak sampai destinasi kau iaitu Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, Salak Tinggi dan KLIA.

 tempat menunggu ERL TBS :)

'KL SENTRAL - BANDAR TASIK SELATAN - PUTRAJAYA & CYBERJAYA - KLIA -KLIA2'

kalau macam lama sangat nak tunggu, elok kau ambik terus daripada KL Sentral ke KLIA bro. sebab aku rasa agak lama jugak nak sampai satu - satu stesen tu. dan nak tunggu ERL ni pun satu hal jugak. bukan la 5 minit sekali perjalanan macam yang orang cakap. ambik masa jugak dalam 10 hingga 20 minit. biasa la, hidup kat Malaysia. opss ! Haha.

10 minit menunggu, ERL pun sampai. horreyyy. Ke Putrajaya Sentral ke kita !



JOHOR BAHRU TO PUTRAJAYA. CERITA MERDEKA 2014

CUTI MERDEKA DUA HARI, AKU SAMBUT BERSAMA KANAKO DAN RARA :)


SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE -57. MALAYSIA : DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
assalamualaikum dan hai petang Ahad >.<

aku sebenarnya tengah buat sedikit sesi 'melepaskan diri barang dua tiga jam' setelah beberapa hari menyusun dokumen berkaitan dan dalam proses menyiapkan semua minit mesyuarat yang ada. dan aku nak buat throwback sikit pasal kisah perjalanan aku daripada Johor Bahru ke Putrajaya pada 30 dan 31hb Ogos tahun ni. ala. sesaja sebagai panduan bersama untuk mereka yang inesen macam aku yang memang jarang keluar mengembara merantau jejauh ni ( inesen sangadd kan ). HAHA. 

cuti merdeka hari tu dapat tiga hari je termasuk Jumaat, Sabtu dan Ahad. kiranya dapat cuti setakat hari Ahad jela. Isnin tu ada kuliah. dan kebetulan pulak kawan aku, Masnira atau lebih mesra aku panggil Rara cuti semester masa tu. ada la dua bulan kot cuti beliau. Dan paling penting, dalam perancangan jangka pendeknya, dia akan bawa balik kawan daripada Aomori, Jepun balik ke Dewan Beta, Kota Bahru, Kelantan. of course there was a grand reunion among the classmates from my form 5. tapi malangnya aku tak dapat nak ikut serta dalam ramai-ramai tu. tak sempat.

so, hell yeah ! aku buat perancangan dengan Rara untuk jumpa Kanako dan dia kat Putrajaya jek sebab Rara akan bawak dia ke Kuala Lumpur untuk sesi lawatan luar negeri. Hehe. eksaited jugak masa tu tapi aku ambik tiket ke Putrajaya pada hari Jumaat. sebab Rara akan balik ke Putrajaya hari Sabtu. tu pun daripada Kota Bharu, dia akan sampai lebih kurang 1 tengahari. so aku rancang nak bertolak pagi Sabtu. so vamos, dengarkan kisah perjalananku dalam entri berikutnya ;)

Ahad, 28 September 2014

CERITARA CINTA PBS SEMESTER 4 2014




Apa khabar, orang Taiping ?


assalamualaikum dan salam boleh-tidur-dah-pagi-esok-masuk-kelas-mengantuk :)



dah lama kot tak menulis apa-apa kat blog nie. aku tengah try nak masuk tumblr sebenarnya sebab lagi syok cerita bab cuti-cuti kat sana tapi entah cilake apa tak ingat password dan email pulak tak boleh bukak. jadi aku ke sini. dengan minda tak sihat dan badan yang dah dapat satu suntikan pagi tadi sebab demam. esaimen bertimbun tapi aku kurangkan gabra dengan menaip kat sini dulu. ecece. alasan je nie. padahal hidup sebagai pemalas tak pernah berubah. HAHAHA. okey, melalut. melalut dah.

Bas Konsortium Ke Kamunting Daripada Kota Bahru. Harga Tiket : RM35.00
Pengalaman Berasaskan Sekolah atau ringkasnya PBS adalah sesuatu yang wajib untuk dijalani bila kau dah bergelar sebagai bakal guru kat IPG. ahh, bakal je pun. jadi cikgu belum tentu. OPSS ! jadi setelah dicongak awal dan keinginan yang begitu mendalam untuk menjadi seorang pengembara dunia yang lari daripada tipikal, aku pun buat keputusan awal sem hari tu untuk ke Taiping kali nie. dah tiga sem buat kat kampung halaman di Kelantan oi. ini la masa nak rasa dunia luar. tetambah praktikum yang mula sem depan cuma boleh buat di sekitar JB, lagi la aku meroyan nak jalan sana nak jalan sini. HIHI (gelak comel).

SK Bukit Jana untuk PBS Sem 4 2014


Geng PBS SK Bukit Jana :)
tak ada la Taiping mana pun area yang aku pergi. lebih kepada Kamunting tapi Kamunting nie dah dekat dah dengan Taiping. aku bertolak ke sana pada hari Sabtu, 20 September 2014, pukul 9.30 malam ( sesatunya bas yang ada kat Kota Bharu untuk ke Kamunting nie ya, Konsortium ) dan sampai pada hari Ahad, 21 September 2014, pukul 5.00 pagi. PERGHH. ada la jugak dalam 7 jam setengah perjalanan dia nie. nasib baik tukang jemput dah siap sedia kat rumah beliau so bila dah sampai, tak sampai 15 minit aku dah boleh nampak kelibat Charlene ( aku amalkan konsep 1 Malaysia, salah seorang kawan baik aku nie India ). Ahad dan Isnin aku tumpang kat rumah dia ( beliau dah siap sedia dengan makanan halal dan tempat solat semua untuk aku ) dan Selasa sampai petang Jumaat aku kat rumah Wahida ( ni kawan sekelas kat IPG jugak nie. duk Kamunting, taman perumahan dekat dengan Charlene ).

Taman Tasik Kamunting bersebelahan SK Bukit Jana



hari Ahad, Uncle dah siap sedia bawak aku jejalan atas kereta dan tunjuk tempat - tempat menarik sekitar Taiping. aku paling berkenan dengan Taiping sebab banyak bukit bukau. aku nie penggemar kehijauan alam gittohh. HAHA. dan ternyata Taiping memang bandar warisan. antara tempat menarik yang aku sempat tinjau daripada jauh bersama Uncle dan Charlene : ( gambar pinjam pak cik google, aku jenis jarang ambik gambar )
Penjara Taiping ( Penjara Tertua Malaysia )



Kompleks Rakan Muda Kamunting


SMK King Edward VII

Majlis Perbandaran Taiping

Taiping Golf And Country Resort
 ada lagi beberapa tempat yang Uncle tunjukkan pada aku tapi aku pun dah lupa nama :'(


Hello, Taman Tasik Taiping !

hari Selasa, aku , Wawa dan Mustakim sempat jejalan ke Taman Tasik Taiping. kali nie tak tengok daripada jauh, kali nie kami teroka tasik tu dengan berjalan kaki. kebetulan Mustakim dapat cuti rehat jadi lepas balik daripada sekolah, terus siap-siap keluar petang tu. boleh tahan berjalan, malam lepas maghrib baru kami balik :) 

Legend kot pakai baju kurung berjalan. HAHA. baru balik daripada SK Bukit Jana nie
daripada Taman Tasik, kami jengah ke Taiping Mall. nak ke Taiping Mall, Mustakim lalu jalan Bukit Larut. well, merasa la jugak kan lalu tempat yang sering disebut-sebut orang tu kan. Haha. lepas tu, bangga jugak la aku boleh masuk Taiping Mall yang masih belum siap sepenuhnya lagi nie. kira tukang rasmi la nie. daripada Taiping Mall nie, boleh nampak satu bandar Taiping kot ! Mana taknya, dah dibina 6 atau 7 tingkat di tengah bandar haa.
Bukit Larut. nampak papan tanda pun jadi la kan >.<


Tadaaa ! Taiping Mall
 tapi masa aku pergi tu, Taiping Mall tak ada la macam dalam poster ni. mungkin tak siap lagi sepenuhnya tapi kena akui yang memang cantik. daripada tingkat atas tempat parking mall nie boleh nampak satu bandar Taiping. tak percaya ? kejap ! HEEE.

Bandar Taiping ( pemandangan atas )

dan hari Khamis tu aku dan Wa ke Taiping Sentral Mall dan Tesco. shoppingggg ! okey, sembang kencang. HAHA. tak ada la belanja sakan cuma beli keperluan untuk PBS. dan sebab aku penggemar kek, Wa hanya mampu geleng kepala bila aku belikan kek untuk family beliau dan family Charlene. 
Taiping Sentral Mall dan Tesco Taiping cuma bersebelahan ya adik-adik ^^

dan untuk hari terakhir aku kat Kamunting, Wa sekeluarga kecuali Mustakim dah bawak aku ke kawasan kampung depa di Batu Kurau. aku mesti la teruja. maklum la, memang orang kampung jadi mesti la seronok kan balik kampung. 

Batu Kurau. oh ho, balik kampung ! Hihi
aku sangat -sangat berterima kasih pada keluarga Charlene ( Uncle, Aunty, Alvin, Charlene Dan Serena ) serta keluarga Wahida ( Pak Cik, Mak Cik, Wawa dan Mustakim ) yang sudi terima kedatangan aku dan layan aku dengan baik. malam sebelum kami bertolak balik ke Johor Bahru, aku yang gagah perkasa dan gadis idola perwira hampir-hampir nangis terharu depan keluarga depa. Yela, dapat makan free, tempat tinggal free dan layanan ikhlas macam keluarga selama seminggu. siapa tak rasa nak nangis, iya dak ? sobs sobs ( lap air mata pakai jari ).

okey la. setakat nie je dulu untuk Jalan-Jalan Cari Pasal Ke Taiping kali nie. nanti ada masa terluang dan aku rasa rajin nak menaip, aku cerita pulak perjalanan aku daripada Johor Bahru ke Putrajaya dan Kuala Lumpur sempena cuti Sambutan Bulan Kemerdekaan hari tu. lengkap sekali dengan bajet supaya boleh jadi panduan aku dan kita semua untuk masa akan datang ;)

Khamis, 15 Mei 2014

' MENJADI TEMPAT PELARIAN '

menjadi tempat pelarian,

entah kau lupa atau entah kau alpa,

bahawa aku juga manusia punya rasa,

bukan seenaknya saja boleh hulurkan hati,

setelah bahuku kau pinjam tanpa henti.


menjadi tempat pelarian,

kau rasa nyaman mencari serasi,

tanpa persoal pada dirimu sendiri,

bahawa aku juga punya nadi,

masakan sekelip mata boleh kau rentap pergi.

 

menjadi tempat pelarian,

kau idam diri jadi permaisuri hati,

hatiku baik kau bilang kata bistari,

aku juga termimpi sendiri,

bala apa yang sedang menanti.

 

menjadi tempat pelarian,

aku anggap ruang ceritaku jelas,

madah hanya untuk kau tenangkan diri,

bukan membuka pintu peribadi,

kerana aku bukan sang bidadari.

 

menjadi tempat pelarian,

bukan pengakuan rasa yang aku damba,

cukup untuk kau ambil masa ubat diri,

kini dramanya memakan diri,

harapan kau seolah sinar kembali.

 

menjadi tempat pelarian,

bukan janji yang aku beri,

bukankah persahabatan itu tali ?,

kerana itu kau aku beri kembali,

kini sudahnya hati aku runsing sendiri.

Rabu, 30 April 2014

AL-KISAH AKU DALAM MIMPI MENJADI GADIS DUYUNG

Ini Catatan Baru, Gaya Acah-Acah Penulis

semalam padam tiga blog yang tak diguna pakai. tiga blog yang kebanyakannya menyaksikan aku melalut sepanjang masa - padahal kat akaun twitter peribadi pun tak lepas daripada perihal mengarut, menghiburkan diri sendiri. eh ?. dan ketika catatan pertama ni aku persembahkan, bumi Temenggong dengan sabar sedang menanti hujan untuk turun. dah dekat seminggu petangnya ditemani hujan dengan pesta guruh, kilat memancar sebelum hujan - ulasan pembaca berita cuaca yang tak bertauliah macam aku. hehe

okey. kenapa blog ni aku kasi nama 'Si Gadis Duyung' ? ingat diri sendiri cantik dan misteri sangat ke ? ingat popular ke camna ni kan ? hoho. ni sebenarnya pengaruh ' The Little Mermaid' la ni. ehhhh, bukan nak perasan aku kekononnya Ariel Si Puteri Bongsu atau Ariel Peter Pan yang boleh menyanyi tu. tak. sebab tadi aku ambik test pun ternyata aku ni bukan Ariel tapi lebih kepada Attina. anak-anak prempuann Arens and Atthena ni - You enjoy activites that you do alone. You're sort of a people's person,but also sorta not.  faham ke idak ? lol

Puteri Duyung 'Attina'

 well, i loike it as her personality is almost the same with me ;
- the eldest of the seven sisters > i am the eldest of five siblings : two sisters and three brothers
- very sophisticated 
- love being in your comfort zone > i love to be left alone sometimes and have my own comfort zone
- very independent > during these two years struggling as IPG student, i am independent person
- a true leader > hold many posts in my campus. orang mungkin anggap gila kuasa. but nah, trying to be busy to avoid heart ache

 gambaran terperinci mengenai Attina ;

Attina has an orange tail and a matching seashell bikini top. 
- She has green eyes and wears her light brown hair in an up-do with a thorny orange crown.
- The first-born sister and the heir of the throne of Atlantica (this may be to her name sounding similar to her late mother, Athena's.) 
- She's a bookworm and the most clever of her sisters. 
- She's the voice of the conscience and gives advices to her sisters and especially Ariel. 
- She is responsible and hates her place in the family
- The motherly role of the family 
- She is responsible and loves her sisters and cares for them as their mother.

menarik kan ? haha. well, walaupun aku dah nak menginjak 21 tahun ni tapi aku masih mencari hiburan khayalan seperti ini. eh ? maigad ! siap dah dapat cari nama spesifik kot ! tapi sebelum meneruskan agenda gelaran nama apakah yang aku pakai dalam dunia duyung yang indah khabar daripada rupa dalam realiti, meh kita jenguk aku dalam versi animasi 'Mermaid Melody' pulak. me is RINA ! RINA ! *gelak kecil*

' Rina Toin '
Rina

- favorite color is green
- very serious
- love watching things that are funny
- love t.v.'s too, especially plasma ones
- always there for your friends and you'll never let them down
- very smart, and sometimes shy too. 
klik kat sini kalau nak tahu lagi pasal sejarah hidup si Rina ni ^^ 

okey. sekarang aku nak bagitau nama aku dalam dunia duyung pulak. cilok sana, cilok sini sikit so don't ask me how to create these names, i don't know. wakaka. aku main tibai je ni ;)

Artic name: Cleodora Light

Mediterranian name - Starlight Serpenta

Pacific name :  Latinna Arensdaughter

 Tropical Name: Pearlia