Ahad, 26 Oktober 2014

TO PUTRAJAYA FROM JB. BACKPACKER IS HERE ^^

PERJALANAN PERGI HARI PERTAMA :)

 

perancangan awal aku setelah dibuat perbincangan bersama Rara dan Ama ( ni salah seorang kawan baik aku jugak ) : naik bas pagi Sabtu 30 Ogos daripada Larkin ke Terminal Bersepadu Selatan, turun di terminal sana, aku akan naik ERL turun di Putrajaya Sentral dan dijemput ke Presint 5, Putarajaya oleh kakak Rara. jadi ringkasnya Larkin - TBS - Putrajaya Sentral - Presint 5, Putrajaya. ingat backpackers tak payah buat plan, pakai redah jalan je ke ? jangan dik. bahaya. tetambah kalau kau perempuan bajet comel macam aku dan kau nak pergi sana sesorang. *kenyit mata sambil senyum perasan*

petang Jumaat,29 Ogos, aku dah sesiap beli tiket daripada JB ke TBS dan daripada TBS balik ke JB. padahal tetiap masa ada jek tiket ke KL dan balik JB nie. *gelakkan diri sendiri*

aku selalu naik KKKL balik Kota Bharu jadi aku sangat percaya dengan depa. lul. poyonya ayat !
 Larkin, JB - Kuala Lumpur, TBS. 30 Ogos 2014, Sabtu, 9 pagi. single seat nombor 15
dan dek kerana aku seorang yang sangat berhati-hati dan suka siapkan diri awal, satu lagi tiket telah aku beli awal-awal daripada TBS - JB yang kemudiannya aku rasa aku menyesal beli awal-awal. ' why ? why ? why ? ' di akhir perjalanan nanti. nak tahu kenapa ? keep on reading !

aku sangat suka dengan bas MAJU ni walaupun selalu naik untuk ke City Square jek daripada Larkin tapi aku rasa comel kot bas Maju so beli la awal. beli awal langkah berjaga-jaga haa !

Kuala Lumpur, TBS - Larkin, JB. 31 Ogos 2014, Ahad, 3.00 petang. single seat nombor 5A.
ni memang rupa standard tiket kat TBS ya adik-adik dan kakak-kakak serta abang-abang sekalian. jadi mari teruskan perjalanan !

aku bajet bila aku ambik tiket pukul 9 pagi, aku akan sampai sana dalam pukul 11 pagi gituu. sebab aku ada take note hasil survey ( haa, kelas kau maria) daripada beberapa blog tempoh perjalanan daripada Johor ke Kuala Lumpur nie. tup-tup aku sampai pukul 2 petang mak oi. 5 jam jugak lenguh dalam bas. rupa-rupanya dalam blog tu, si blogger ke TBS daripada Tangkak, Ledang, Johor. pfhh. patutla cepat sampai. HAHA.

Universiti Sains Islam Malaysia. Yeah ! dah nak sampai TBS
 aku baru sedar yang Amin punya maklumat lagi tepat. bila aku bertolak daripada JB ke KL, aku kena ambik bas terus ke Putrajaya jek. bila aku turun kat TBS, bermakna aku dah pusing balik. Haha. aku senyum dalam bas sebab aku pun baru kabo ke Amin bila aku dah nak sampai TBS kot. dan TBS ni berdekatan jek dengan UPM. bagus ni. Ain dan Lela, kawan baik aku sejak jaman sekolah lagi memang ada kat UPM so lain kali aku dah tau nak travel camna.



YEZZA ! akhirnya dah sampai TBS *tepuk tangan untuk diri sendiri*
dan seperti cakap-cakap orang, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ni memang sangat luas siott buat aku jaw drop bila first time sampai sini. yela, jakun. baru pertama kali sampai kan. Haha. tapi memang dah macam tahap international airport dah aku rasa. dan sememangnya patut jadi kebanggaan sebab memang kalau kau travel dan turun kat KLIA atau KLIA 2, memang boleh direct ke TBS melalui perkhidmatan ERL. ERL kat sini pulak ada dua jenis perkhidmatan. ada KLIA Ekspress yang akan terus daripada TBS ke KLIA /KLIA 2 atau ada KLIA Transit yang akan berhenti kat beberapa stesen macam yang aku ambik nie. ( cedok pengetahuan dengan adanya MR. Google. alhamdulillah *sujud syukur* )

Beli tiket ERL ke Putrajaya Sentral dulu. ini resit dia jek tau.


Tiket KLIA Transit
Tiket KLIA Ekspres










tambang sekali naik daripada TBS ke Putrajaya RM5.30 sahaja. itu tiket transit la. untuk tiket ekspres ,aku tak sure sebab aku tak naik. Hehe

perjalanan transit ni ada beberapa stesen. macam contoh kalau kau daripada KL Sentral nak ke KLIA 2, ada beberapa stesen yang kau kena menguap tutup mulut sambil tunggu bila nak sampai destinasi kau iaitu Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, Salak Tinggi dan KLIA.

 tempat menunggu ERL TBS :)

'KL SENTRAL - BANDAR TASIK SELATAN - PUTRAJAYA & CYBERJAYA - KLIA -KLIA2'

kalau macam lama sangat nak tunggu, elok kau ambik terus daripada KL Sentral ke KLIA bro. sebab aku rasa agak lama jugak nak sampai satu - satu stesen tu. dan nak tunggu ERL ni pun satu hal jugak. bukan la 5 minit sekali perjalanan macam yang orang cakap. ambik masa jugak dalam 10 hingga 20 minit. biasa la, hidup kat Malaysia. opss ! Haha.

10 minit menunggu, ERL pun sampai. horreyyy. Ke Putrajaya Sentral ke kita !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan