Ahad, 26 Oktober 2014

JOHOR BAHRU TO PUTRAJAYA. CERITA MERDEKA 2014

CUTI MERDEKA DUA HARI, AKU SAMBUT BERSAMA KANAKO DAN RARA :)


SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE -57. MALAYSIA : DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
assalamualaikum dan hai petang Ahad >.<

aku sebenarnya tengah buat sedikit sesi 'melepaskan diri barang dua tiga jam' setelah beberapa hari menyusun dokumen berkaitan dan dalam proses menyiapkan semua minit mesyuarat yang ada. dan aku nak buat throwback sikit pasal kisah perjalanan aku daripada Johor Bahru ke Putrajaya pada 30 dan 31hb Ogos tahun ni. ala. sesaja sebagai panduan bersama untuk mereka yang inesen macam aku yang memang jarang keluar mengembara merantau jejauh ni ( inesen sangadd kan ). HAHA. 

cuti merdeka hari tu dapat tiga hari je termasuk Jumaat, Sabtu dan Ahad. kiranya dapat cuti setakat hari Ahad jela. Isnin tu ada kuliah. dan kebetulan pulak kawan aku, Masnira atau lebih mesra aku panggil Rara cuti semester masa tu. ada la dua bulan kot cuti beliau. Dan paling penting, dalam perancangan jangka pendeknya, dia akan bawa balik kawan daripada Aomori, Jepun balik ke Dewan Beta, Kota Bahru, Kelantan. of course there was a grand reunion among the classmates from my form 5. tapi malangnya aku tak dapat nak ikut serta dalam ramai-ramai tu. tak sempat.

so, hell yeah ! aku buat perancangan dengan Rara untuk jumpa Kanako dan dia kat Putrajaya jek sebab Rara akan bawak dia ke Kuala Lumpur untuk sesi lawatan luar negeri. Hehe. eksaited jugak masa tu tapi aku ambik tiket ke Putrajaya pada hari Jumaat. sebab Rara akan balik ke Putrajaya hari Sabtu. tu pun daripada Kota Bharu, dia akan sampai lebih kurang 1 tengahari. so aku rancang nak bertolak pagi Sabtu. so vamos, dengarkan kisah perjalananku dalam entri berikutnya ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan