Ahad, 28 September 2014

CERITARA CINTA PBS SEMESTER 4 2014




Apa khabar, orang Taiping ?


assalamualaikum dan salam boleh-tidur-dah-pagi-esok-masuk-kelas-mengantuk :)



dah lama kot tak menulis apa-apa kat blog nie. aku tengah try nak masuk tumblr sebenarnya sebab lagi syok cerita bab cuti-cuti kat sana tapi entah cilake apa tak ingat password dan email pulak tak boleh bukak. jadi aku ke sini. dengan minda tak sihat dan badan yang dah dapat satu suntikan pagi tadi sebab demam. esaimen bertimbun tapi aku kurangkan gabra dengan menaip kat sini dulu. ecece. alasan je nie. padahal hidup sebagai pemalas tak pernah berubah. HAHAHA. okey, melalut. melalut dah.

Bas Konsortium Ke Kamunting Daripada Kota Bahru. Harga Tiket : RM35.00
Pengalaman Berasaskan Sekolah atau ringkasnya PBS adalah sesuatu yang wajib untuk dijalani bila kau dah bergelar sebagai bakal guru kat IPG. ahh, bakal je pun. jadi cikgu belum tentu. OPSS ! jadi setelah dicongak awal dan keinginan yang begitu mendalam untuk menjadi seorang pengembara dunia yang lari daripada tipikal, aku pun buat keputusan awal sem hari tu untuk ke Taiping kali nie. dah tiga sem buat kat kampung halaman di Kelantan oi. ini la masa nak rasa dunia luar. tetambah praktikum yang mula sem depan cuma boleh buat di sekitar JB, lagi la aku meroyan nak jalan sana nak jalan sini. HIHI (gelak comel).

SK Bukit Jana untuk PBS Sem 4 2014


Geng PBS SK Bukit Jana :)
tak ada la Taiping mana pun area yang aku pergi. lebih kepada Kamunting tapi Kamunting nie dah dekat dah dengan Taiping. aku bertolak ke sana pada hari Sabtu, 20 September 2014, pukul 9.30 malam ( sesatunya bas yang ada kat Kota Bharu untuk ke Kamunting nie ya, Konsortium ) dan sampai pada hari Ahad, 21 September 2014, pukul 5.00 pagi. PERGHH. ada la jugak dalam 7 jam setengah perjalanan dia nie. nasib baik tukang jemput dah siap sedia kat rumah beliau so bila dah sampai, tak sampai 15 minit aku dah boleh nampak kelibat Charlene ( aku amalkan konsep 1 Malaysia, salah seorang kawan baik aku nie India ). Ahad dan Isnin aku tumpang kat rumah dia ( beliau dah siap sedia dengan makanan halal dan tempat solat semua untuk aku ) dan Selasa sampai petang Jumaat aku kat rumah Wahida ( ni kawan sekelas kat IPG jugak nie. duk Kamunting, taman perumahan dekat dengan Charlene ).

Taman Tasik Kamunting bersebelahan SK Bukit Jana



hari Ahad, Uncle dah siap sedia bawak aku jejalan atas kereta dan tunjuk tempat - tempat menarik sekitar Taiping. aku paling berkenan dengan Taiping sebab banyak bukit bukau. aku nie penggemar kehijauan alam gittohh. HAHA. dan ternyata Taiping memang bandar warisan. antara tempat menarik yang aku sempat tinjau daripada jauh bersama Uncle dan Charlene : ( gambar pinjam pak cik google, aku jenis jarang ambik gambar )
Penjara Taiping ( Penjara Tertua Malaysia )



Kompleks Rakan Muda Kamunting


SMK King Edward VII

Majlis Perbandaran Taiping

Taiping Golf And Country Resort
 ada lagi beberapa tempat yang Uncle tunjukkan pada aku tapi aku pun dah lupa nama :'(


Hello, Taman Tasik Taiping !

hari Selasa, aku , Wawa dan Mustakim sempat jejalan ke Taman Tasik Taiping. kali nie tak tengok daripada jauh, kali nie kami teroka tasik tu dengan berjalan kaki. kebetulan Mustakim dapat cuti rehat jadi lepas balik daripada sekolah, terus siap-siap keluar petang tu. boleh tahan berjalan, malam lepas maghrib baru kami balik :) 

Legend kot pakai baju kurung berjalan. HAHA. baru balik daripada SK Bukit Jana nie
daripada Taman Tasik, kami jengah ke Taiping Mall. nak ke Taiping Mall, Mustakim lalu jalan Bukit Larut. well, merasa la jugak kan lalu tempat yang sering disebut-sebut orang tu kan. Haha. lepas tu, bangga jugak la aku boleh masuk Taiping Mall yang masih belum siap sepenuhnya lagi nie. kira tukang rasmi la nie. daripada Taiping Mall nie, boleh nampak satu bandar Taiping kot ! Mana taknya, dah dibina 6 atau 7 tingkat di tengah bandar haa.
Bukit Larut. nampak papan tanda pun jadi la kan >.<


Tadaaa ! Taiping Mall
 tapi masa aku pergi tu, Taiping Mall tak ada la macam dalam poster ni. mungkin tak siap lagi sepenuhnya tapi kena akui yang memang cantik. daripada tingkat atas tempat parking mall nie boleh nampak satu bandar Taiping. tak percaya ? kejap ! HEEE.

Bandar Taiping ( pemandangan atas )

dan hari Khamis tu aku dan Wa ke Taiping Sentral Mall dan Tesco. shoppingggg ! okey, sembang kencang. HAHA. tak ada la belanja sakan cuma beli keperluan untuk PBS. dan sebab aku penggemar kek, Wa hanya mampu geleng kepala bila aku belikan kek untuk family beliau dan family Charlene. 
Taiping Sentral Mall dan Tesco Taiping cuma bersebelahan ya adik-adik ^^

dan untuk hari terakhir aku kat Kamunting, Wa sekeluarga kecuali Mustakim dah bawak aku ke kawasan kampung depa di Batu Kurau. aku mesti la teruja. maklum la, memang orang kampung jadi mesti la seronok kan balik kampung. 

Batu Kurau. oh ho, balik kampung ! Hihi
aku sangat -sangat berterima kasih pada keluarga Charlene ( Uncle, Aunty, Alvin, Charlene Dan Serena ) serta keluarga Wahida ( Pak Cik, Mak Cik, Wawa dan Mustakim ) yang sudi terima kedatangan aku dan layan aku dengan baik. malam sebelum kami bertolak balik ke Johor Bahru, aku yang gagah perkasa dan gadis idola perwira hampir-hampir nangis terharu depan keluarga depa. Yela, dapat makan free, tempat tinggal free dan layanan ikhlas macam keluarga selama seminggu. siapa tak rasa nak nangis, iya dak ? sobs sobs ( lap air mata pakai jari ).

okey la. setakat nie je dulu untuk Jalan-Jalan Cari Pasal Ke Taiping kali nie. nanti ada masa terluang dan aku rasa rajin nak menaip, aku cerita pulak perjalanan aku daripada Johor Bahru ke Putrajaya dan Kuala Lumpur sempena cuti Sambutan Bulan Kemerdekaan hari tu. lengkap sekali dengan bajet supaya boleh jadi panduan aku dan kita semua untuk masa akan datang ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan