Lemah. Serasa semangat separuh terbang pergi. Bagaikan baru kelmarin aku dan AS bergurau senda, cuba merungkai rahsia hati sesama sendiri dan kini khabar berita bahawa dia telah pergi menyahut panggilan Illahi petang tadi memutarkan kembali memori yang ada. AS ( bukan nama sebenar ) bukan salah seorang kawan rapat bagiku dan walaupun berlainan jantina, ada sesuatu yang istimewa pada persahabatan yang kami jalin ketika di sekolah menengah dulu. Waktu tu kami 14 tahun, semusim bersama sebelum dia akhirnya berpindah ke sekolah lain meninggalkan kami di sekolah lama berperang dengan PMR. Awal 2013, AS contact aku balik. Guna Whatsapp. Dia masih AS yang sama cuma kalau dulu dia comel chubby, gambar terbaru ketika itu mula menunjukkan perbezaan. AS walaupun bukan salah seorang kawan baik aku, tapi dia istimewa di hati. AS sakit. Penghidap buah pinggang yang sudah sering menjalani dialisis sejak sekolah rendah lagi. Namun AS tak pernah tunjuk. Dia tabah berjuang dan tersenyum cuma bila kami dikhabarkan bahawa dia sakit pada awalnya. AS tegas. Sakitnya tak pernah menghalang dia daripada berkeras dengan pendapat sendiri. AS pemalu. Dek kerana aku yang peramah menjadikan AS rapat denganku, bukan kerana AS tak suka dengan perempuan tapi kerana dia comel dan chubby menjadikan keyakinan diri dia bila dengan perempuan jatuh ke paras bahaya.
Tapi dalam gurau senda dan tawa riang AS, dia derita. AS sewaktu 'contact' aku kembali dengan tenang menulis di Whatsapp " dah kritikal, dah masuk tahap 4 sakit buah pinggang ni namun AS takkan putus asa " buat aku yang susah nak menangis tersedu-sedu sendiri. AS selalu koma. Pernah dia hilang berbulan-bulan di Whatsapp dek kerana sakitnya itu. AS kata dia koma. Sebulan. Bila bangun, nama adik-adik pun tak boleh nak ingat sangat. Aku nangis, dalam diam. Nasib baik guna Whatsapp, bukan kena angkat call. Sebab AS ingat lagi pada aku. " senyap tak bermakna lupa ", " Heddy kan kawan AS yang paling rapat masa kat sekolah tu, takkan la AS tak ingat ". dan bila AS kata " rindunya semua. bila la nak jumpa ? ", aku reply " nanti kita jumpa, AS nak jumpa siapa ? cakap je. nanti Heddy temukan " DAN JAWAPAN AS masih aku ingat " nak jumpa Heddy. Heddy kawan rapat AS, so AS tak segan sangat kalau nak jumpa Heddy".
tapi petang tadi buatkan segalanya mustahil. Maafkan Heddy AS, Heddy tak sempat nak jumpa AS. Heddy tak boleh buat apa-apa untuk AS. Masa AS sakit, Heddy tak ada untuk AS dan Heddy patut sedar, Heddy takkan jumpa AS kat mana-mana dah lepas ni. AS DAH TAK ADA. AS DAH PERGI. kenyataan tu buat kepingan-kepingan hati yang ada berderai. rasa tak percaya dia dah tak ada. walaupun Maghrib tadi aku berteleku mengadap Tuhan dengan air mata membasahi pipi supaya rohnya dicucuri rahmat, namun kenyataannya pahit untuk ditelan. aku kematian seorang kawan rapat. dan dia takkan kembali. AS, Heddy akan rindu :')
moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh AS. AS dah lama derita, jadi Heddy pasrah. moga AS tenang di sana. moga Heddy dapat ketemu AS nanti di syurga
dalam kenangan :
WAS Bin WAM
230115